Pau Marti tidak kecewa lawan New Zealand 

Pau Marti tidak kecewa lawan New Zealand 

SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan semalam menjelang aksi persahabatan menentang New Zsealand. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Harimau Malaya hanya akan mengharungi satu sahaja aksi persahabatan Tier 1 iaitu menentang New Zealand pada 14 Oktober manakala satu lagi perlawanan adalah menentang pasukan kelab, Jumaat ini.

Situasi itu bagaimanapun tidak mengecewakan pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente dan menjelaskan walaupun berdepan pasukan kelab, perlawanan itu akan membantu pasukan membuat persiapan menentang pasukan di ranking ke-95 dunia itu.

Jelasnya, beliau sudah mempunyai perancangan rapi dalam usaha membentuk pasukan mantap bagi persiapan mengharungi kelayakan Piala Asia tahun depan.

“Kita akan berdepan kelayakan Piala Asia pada Mac depan, bagi saya apa yang penting adalah cuba mendapatkan perlawanan persahabatan yang berkualiti untuk persiapkan pasukan.

“Kita akan bermain aksi persahabatan dengan kelab di New Zealand, saya fikir pasukan kelab yang kuat dan saya harap ia juga dapat membantu pemain untuk mendapatkan minit permainan.

“Jadi, untuk kami ia tetap bagus untuk memantau pemain. Untuk kali ini kami terlepas peluang untuk bermain satu lagi aksi persahabatan (Tier 1). 

“Walaupun, ia hanya dianggap sebagai perlawanan persahabatan namun saya percaya pertemuan itu cukup penting kerana sudah 20 tahun kita tidak menentang New Zealand,” katanya.

Kali terakhir Harimau Malaya berdepan New Zealand ialah pada 2006 di bawah ketua jurulatih Norizan Bakar di mana ketika itu Malaysia tewas 1-0 di Christchurch pada 19 Februari dan 2-1 di Auckland empat hari kemudian dalam perlawanan persahabatan. 

Dalam pada itu, Pau Marti berkata FAM sudah berusaha mendapatkan perlawanan dengan lapan pasukan Oceania termasuk Kepulauan Solomon, Fiji, Tahiti, New Caledonia, Vanuatu dan Papua New Guinea namun pasukan terbabit mempunyai komitmen untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 masing-masing pada 10, 11 dan 12 Oktober.

Perkembangan itu menyaksikan skuad negara hanya akan mengharungi satu aksi antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Auckland dalam kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dari 7 hingga 15 Oktober. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya