Pang Ron-Su Yin perlu lebih garang

Pang Ron-Su Yin perlu lebih garang

HOO Pang Ron-Cheng Su Yin menewaskan pasangan tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 16-21 21-14 21-19 pada perlawanan pusingan kedua China Masters 2024 di Arena Shenzen, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin perlu lebih yakin dan berani untuk berdepan pasangan handalan dunia dalam kejohanan akan datang.

Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berkata, biarpun mempamerkan peningkatan prestasi, dia melihat Pan Ron-Su Yin belum mampu menghadirkan cabaran secara total dan konsisten kepada pencabar mereka.

“Keyakinan itu memang sudah ada, ini satu perkembangan positif buat kedua-dua pemain ini, tetapi permainan mereka pada pandangan saya masih belum cukup berani terutama Su Yin yang kadang kala dilihat teragak-agak langkahnya mahu ke depan atau ke belakang.

“Saya tahu dia masih muda, tetapi, untuk segera maju dia harus berani dengan tidak terlalu bertahan dalam permainannya, saya mahu dia yakin ke depan untuk menyerang,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), baru-baru ini.

Nova diminta mengulas mengenai prestasi terkini beregu bimbingannya itu yang semakin menunjukkan keserasian sehingga mara ke suku akhir pada kejohanan berstatus Super 1,000, Terbuka China dan separuh akhir di Terbuka Macau, bulan lalu.

Jumaat lalu, pasangan yang menghuni ranking ke-28 dunia itu terkandas di suku akhir selepas tewas kepada beregu senior Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 21-19, 21-15 pada Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.

Bekas juara dunia dari Indonesia itu juga mengharapkan Pang Ron yang lima tahun lebih senior berbanding Su Yin dapat mempamerkan sikap kepimpinan bagi membantu pasangannya itu.

“Jika dalam latihan Pang Ron-Su Yin memang mempamerkan prestasi yang baik, malah, jurang permainan mereka juga tidak jauh dengan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

“Cuma Su Yin perlulah lebih berani untuk berdepan pukulan ‘smash” Tang Jie kerana apabila dalam pertandingan terutama berdepan beregu handalan dunia, cabarannya jauh lebih sukar,” tegas beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya