PABM perlukan dana RM500,000 setahun lahirkan juara Olimpik

PABM perlukan dana RM500,000 setahun lahirkan juara Olimpik

aniq
MOHAMAD Aniq Kasdan menjadi antara prospek baharu di Sukan Olimpik LA28 selepas menampilkan aksi terbaik di Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memerlukan dana sebanyak RM500,000 setahun sebagai persiapan untuk atletnya menjadi juara pada temasya Olimpik akan datang.

Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata, dana itu bukan sahaja dapat membantu badang negara, Mohamad Aniq Kasdan malah turut membantu mempersiapkan atlet angkat berat yang lain untuk mengharungi kejohanan antarabangsa.

“Kami mempunyai rancangan, namun tanpa tajaan dan geran kami sukar untuk melaksanakannya. Kamu memerlukan pembiayaan untuk membantu mencari atlet yang berkualiti dan menjadikan mereka juara dunia.

“Aniq menerima sokongan selepas menyertai program Road To Gold (RTG) tetapi kami memerlukan sokongan berterusan seperti akses kepada ahli fisioterapi dan pakar pemakanan untuk atlet kami,” kata Ayub.

Pada Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu, Anqi menduduki tempat keempat dalam kategori 61 kilogram (kg) dengan jumlah angkatan 297kg dan dibezakan satu kg dengan pemenang pingat gangsa, Hampton Morris dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, Ayub berkata perhatian orang ramai terhadap sukan popular menyebabkan sukan yang kurang menonjol bergelut untuk mendapatkan pembiayaan biarpun pencapaian yang memberangsangkan.

Menurutnya, jika sukan ini mendapat perhatian sewajarnya dari kerajaan, sekali gus mampu merealisasikan sasaran lima pingat emas pada Sukan Komanwel 2026 akan datang.

“Kami berharap sukan yang kurang popular mendapat perhatian kerajaan. Pembiayaan RM500,000 sudah memadai untuk kami.

“Kami memerlukan sokongan untuk mencapai matlamat itu (Sukan Komanwel 2026. Kami juga berharap kerajaan memberi ganjaran kepada persatuan apabila atlet berjaya kerana persatuan ini bekerja keras untuk menghasilkan atlet berkelas dunia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya