New Zealand 'bedil' Malaysia 4-0

New Zealand ‘bedil’ Malaysia 4-0

AKSI pemain negara ketika menentang New Zealand di Stadium North Harbour, hari ini. -IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan New Zealand selepas tumpas 0-4 kepada pasukan di ranking ke-95 dunia itu dalam aksi persahabatan Tier 1 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium North Harbour, kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama, namun skuad All Whites bangkit pada separuh masa kedua untuk meledak empat gol untuk menggembirakan penyokong mereka di laman sendiri.

Gol pertama New Zealand terhasil pada minit ke-53 selepas Endrick Dos Santos kehilangan bola dibahagian tengah sebelum Elijah Henry Just menyudahkan umpanan dari Jarak dekat untuk menumpaskan Ahmad Syihan Hazmi.

Lapan minit kemudian, anak-anak buah Darren Bazeley menggandakan kedudukan menerusi Mattew Garbett yang melakukan rembatan leret ke sebelah kanan pintu gol untuk menumpaskan Ahmad Syihan buat kali kedua.

Anak-anak buah Pau Marti Vicente cuba bangkit, namun mereka dikejutkan dengan gol ketiga New Zealand pada minit ke-72 selepas Ahmad Syihan gagal menepis keluar bola lintang sebelum Chris Wood mudah menanduk bola ke gawang Malaysia,

Tersentak dengan jaringan itu, Pau Marti membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Haqimi Azim Rosli, Paulo Josue dan Safawi Rashid untuk menguatkan jentera hadapan selain Feroz Baharudin bagi memperkemaskan benteng.

Kemasukan Haqimi memberi nafas baharu kepada Harimau Malaya apabila berjaya melakukan beberapa gerakan dan hantaran bola lintang namun, berjaya dikawal dengan baik oleh barisan pertahanan New Zealand.

Ketika Malaysia cuba mencari gol saguhati, anak-anak bauh buah Pau Marti terus dihukum apabila Logan Rogerson menjaringkan gol keempat pada minit ke-90 untuk perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-0 buat tuan rumah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN