Mickey teruja diberi minit permainan lebih lama

Mickey teruja diberi minit permainan lebih lama

FAISAL ketika beraksi bersama elangor FC dalam saingan saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) 2024/25 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain sayap sensasi Selangor FC, Mohamad Faisal Halim gembira selepas diberikan minit perlawanan paling lama sejak kembali beraksi pada Ogos lepas selepas insiden serangan asid pada Mei yang hampir memusnahkan kariernya.

Ketika Selangor FC berdepan Dynamic Herb Cebu FC dalam saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) 2024/25 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin, Faisal dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit-62.

Faisal atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Mickey’ berkata, dalam perlawanan itu, dia mendapat minit perlawanan paling lama sejak kembali beraksi pada Ogos lepas selepas insiden serangan asid pada Mei yang hampir memusnahkan kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Alhamdulillah tiga mata untuk pasukan di laman sendiri dalam saingan ACL2, ia bukan satu perlawanan yang mudah. Apa-apa pun saya dapat minit perlawanan paling lama, ini adalah perlawanan pertama saya dapat minit yang lama.

“Sekarang hampir lima bulan (sejak serangan asid), saya akan terus maju langkah demi langkah untuk dapatkan prestasi (terbaik). Bagi saya (prestasi sekarang) belum cukup lagi, belum sampai masa untuk saya berpuas hati. Saya masih di tahap untuk cari kembali prestasi,” katanya.

Dalam masa yang sama, pemain berusia 26 tahun itu mengakui puas dapat membuat penampilan di pentas kejohanan Asia setelah terlepas peluang bersama kelabnya sebelum ini, Terengganu FC pada musim lepas selepas berhijrah ke Selangor.

“Alhamdulillah kami bekerja keras untuk datang ke Asia, hari ini mimpi itu jadi kenyataan dapat bersama Selangor dan dapat merasai (saingan Asia). Tetapi ada banyak perlawanan lagi, kami perlu perbaiki apa yang kurang dan saya pun kena kerja keras,” katanya.

Dalam pada itu, Faisal berkata, saingan di ACL2 mampu mempercepat proses untuk beliau kembali mencapai prestasi terbaik.

“Intensiti tinggi, persaingan hebat, bukan satu perlawanan yang mudah, saya rasa bagus untuk saya sebenarnya. Kita bermain di tahap tinggi, saya mencari rentak dan mencari minit permainan dan akan maju langkah demi langkah,” katanya.

Selepas dua perlawanan, Selangor kini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul empat mata, dua mata di belakang pendahulu Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan sementara wakil Thailand Muangthong United ketiga (satu mata) dan Dynamic Herb Cebu tercorot tanpa sebarang mata.

Habis:

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya