PARIS: Kapten bola sepak Perancis, Kylian Mbappe tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan negara itu oleh jurulatih Didier Deschamp ke Liga Negara-Negara Eropah (EUFA) pada bulan ini.
Bintang Real Madrid itu yang baru pulih daripada kecederaan paha turut diberi peranan sebagai pemain gantian ketika kelabnya tewas 1-0 kepada Lille dalam saingan Liga Juara-Juara, kelmarin.
Ini bermakna penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan beraksi dalam perlawanan Perancis menentang Israel dan Belgium
“Saya telah menemuinya dan dia mempunyai masalah (kecederaan) tetapi tidak serius. Saya tidak akan mengambil risiko dan sebab itu dia tiada dalam senarai skuad kali ini,” kata Deschamp.
Perancis dijadual menentang Israel pada 10 Oktober tetapi venue perlawanan dipindahkan ke Budapest berikutan situasi di Asia Barat dan Les Bleus akan melayan Belgium empat hari kemudian. – AFP/UTUSAN
SKUAD PERANCIS
PENJAGA GOL: Alphonse Areola (West Ham United/ENG), Mike Maignan (AC Milan/ITA), Brice Samba (Lens)
PERTAHANAN: Jonathan Clauss (Nice), Lucas Digne (Aston Villa/ENG), Wesley Fofana (Chelsea/ENG), Theo Hernandez (AC Milan/ITA), Ibrahima Konate (Liverpool/ENG), Jules Kounde (Barcelona/ESP), William Saliba (Arsenal/ENG), Dayot Upamecano (Bayern Munich/GER)
TENGAH: Eduardo Camavinga (Real Madrid/ESP), Youssouf Fofana (AC Milan/ITA), Matteo Guendouzi (Lazio/ITA), Manu Kone (Roma/ITA), Aurelien Tchouameni (Real Madrid/ESP), Warren Zaire-Emery (Paris Saint-Germain)
PENYERANG: Bradley Barcola, Ousmane Dembele, Randal Kolo Muani (all Paris Saint-Germain), Christopher Nkunku (Chelsea/ENG), Michael Olise (Bayern Munich/GER), Marcus Thuram (Inter Milan/ITA)