PARIS: Kylian Mbappe berdepan kritikan selepas menarik diri daripada beraksi untuk Perancis dalam kempen Liga Negara-Negara menentang Israel dan Belgium. Peminat Les Bleus juga menganggap kapten Perancis itu lebih mementing aksi di peringkat kelab kerana dia dilihat cergas ketika beraksi bersama Real Madrid. Penyerang itu mengalami kecederaan otot bulan lalu tetapi tampil dari bangku simpanan ketika kekalahan Real di tangan Lille dalam kempen Liga Juara-Juara minggu lalu. Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengetepikan Mbappe daripada skuad yang diumumkan pada Khamis lalu selepas pemain berusia 25 tahun itu tidak bersedia. Sebelum itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya