Mats Deijl harap ada perubahan

Mats Deijl harap ada perubahan

Mats Deijl (kanan) beraksi bersama kelabnya, Go Ahead Eagles ketika menentang PSV Eindhoven dalam saingan Liga Belanda di Deventer. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Go Ahead Eagles, Mats Deijl kecewa selepas hasratnya untuk mewakili Harimau Malaysia tidak kesampaian kerana tidak melepasi syarat yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pemain yang berpangkalan di Belanda itu berkata, dia telah dimaklumkan tentang perkara berkenaan dan berharap perubahan akan berlaku pada masa akan datang bagi membolehkan pemain keturunan sepertinya mewakili Malaysia.

“Saya baru mendapat panggilan, sungguh mengecewakan. Semoga pada masa akan datang mungkin akan ada perubahan tetapi buat masa ini tidak, undang-undang bodoh,” kata Deijl dalam perbualan bersama Frfuturetalents.

Terdahulu, hasrat peminat bola sepak Malaysia untuk melihat Deijl menyarung jersi Harimau Malaya tidak kesampaian selepas pemain itu itu tidak melepasi syarat kelayakan ditetapkan FIFA.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dokumen yang dilampirkan Deijl mendapati dirinya hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui mo­yang, bukannya melalui datuk atau nenek seperti syarat ditetapkan FIFA.

“Berdasarkan dokumen yang telah dilampirkan, didapati bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukan­nya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA,” kata FAM.

Sebelum ini, Deijl telah me­nunjukkan minat untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan FAM telah dimaklumkan bahawa pemain berkenaan mempunyai darah keturunan Malaysia.

Berdasarkan semakan, pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang (ibu kepada datuk) yang telah lahir di Singapura pada 24 Jun 1893, yang mana Singapura merupakan sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu.

Sementara itu, FAM tetap berterima kasih kepada Deijl di atas minat dan kesungguhan yang ditunjukkan untuk mewakili pasukan kebangsaan namun ia tidak dapat direalisasikan.

Dalam masa sama, FAM juga sudah berhubung dengan beberapa pemain lain sepertimana tular di media sosial, namun setakat ini tiada yang positif terutama dari segi dokumen kesahihan pemain tersebut memiliki darah keturunan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya