Marcus julang gelaran sulung profesional, Zulaikah menang lagi

Marcus julang gelaran sulung profesional, Zulaikah menang lagi

Marcus Lim (tengah) dan Zulaikah Nasser (kanan) bersama hadiah kemenangan masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG: Bekas pemenang pingat emas Sukan SEA, Marcus Lim meraih gelaran Jelajah Toyota keduanya, namun yang pertama sebagai pemain profesional, selepas mengungguli kejohanan Piala Alphard di Penang Golf Resort, Bertam hari ini.

Memulakan saingan hari terakhir satu pukulan di belakang pendahulu Edven Ying, Marcus cemerlang mencatat empat bawah par 68 untuk membolehkan dia menghabiskan saingan di tangga teratas dengan skor keseluruhan tujuh bawah par 209.

Di posisi naib juara dengan jurang satu pukulan adalah bintang veteran Ben Leong (68), manakala Edven hanya mampu merekodkan 71 untuk berpuas hati di tempat ketiga dengan skor terkumpul 211.

Juara pusingan Piala Harrier sebelum ini Fakhrul Akmal meneruskan aksi padunya dengan menduduki tempat keempat dengan skor 213.

Bagi Marcus, kejayaan hari ini pastinya membawa makna tersendiri kerana ia diraih bersama hadiah kemenangan RM31,500 kali ini.

Ketika Marcus menjuarai Piala Supra pada Julai tahun lalu, dia tidak layak untuk menerima ganjaran tunai kerana masih berstatus amatur pada waktu itu.

Dia baru saja menukar ke taraf profesional Jun lalu.

“Walaupun gembira dapat muncul juara kali ini, namun saya harus perbaiki lagi keseluruhan permainan saya,” kata Marcus yang membantu Malaysia untuk merangkul pingat emas acara berpasukan di Sukan SEA Vietnam dua tahun lalu.

“Saya tahu saya mampu pamer prestasi yang lebih baik dan saya mengharapkan ia dapat ditingkatkan menjelang tiga acara Jelajah Pembangunan Asia (ADT) akan datang.

“Matlamat saya adalah untuk cuba memecah masuk kelompok 10 terbaik ADT pada penghujung musim dan memperoleh hak untuk beraksi di Jelajah Asia tahun depan.”

Dalam saingan Wanita, Zulaikah Nasser meneruskan kecemerlangan yang dilakar dua minggu lalu di Piala Harrier dengan merangkul kejuaraan kedua berturut-turut.

Sekalipun hanya mampu mencatat 75 untuk skor agregat 215, dia masih Berjaya mengatasi pencabar terdekatnya Jocelyn Chee dengan kelebihan dua pukulan.

Bintang amatur Winnie Ng melengkapkan kedudukan tiga terbaik dengan merekod 71 dan skor terkumpul 218. – UTUSAN

Keputusan

Lelaki (10 teratas)
209: Marcus Lim 72-69-68;
210: Ben Leong 70-72-68;
211: Edven Ying 73-67-71;
213: Fakhrul Akmal 74-68-71;
214: Malcolm Ting 71-72-71, Hui Yong Sherng 74-68-72;
215: Galven Green 72-74-69;
216: Paul San 76-70-70 Khor Kheng Hwai 70-75-71, Airil Rizman Zahari 73-71-72, Wafiyuddin Abdul Manaf 73-71-72.

Wanita (tiga teratas)
215: Zulaikah Nasser 72-68-75;
217: Jocelyn Chee 73-72-72;
218: Winnie Ng (am) 77-70-71;

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya