Man. United menang, Ten Hag lega

Man. United menang, Ten Hag lega

RASMUS Hojland meraikan jaringan nya ketika Manchester United berdepan Brentford di Old Trafford, malam ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erik Ten Hag boleh menarik nafas lega apabila Manchester United berjaya menumpaskan Brentford 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, sebentar tadi.

Sekiranya gagal meraih kemenangan dalam perlawanan itu, kedudukan Ten Hag sebagai pengendali The Red Devils bagaikan ‘telur dihujung tanduk’ selepas permulaan hambar musim ini.

Dalam perlawanan itu, Brentford yang dikendalikan Thomas Frank terlebih dahulu berada di hadapan selepas Ethan Pinnock menjaringkan gol pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung separuh masa  kedua, United tidak menunggu lama untuk meledak apabila Alejandro Garnacho menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-47.

Gol berkenaan ternyata menaikkan semangat anak-anak buah Ten Hag apabila mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Rasmus Hojlund pada minit ke-62.

Tersentak dengan gol itu, Brentford memperkemaskan rentak permainan untuk mencari gol penyamaan, namun kawalan kemas benteng pertahanan United menafikan usaha mereka.

Perlawanan berakhir 2-1 untuk United melakar kemenangan ketiga musim ini untuk berada di tangga ke-10 dengan 11 mata selepas lapan perlawanan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya