Malaysia kembali sertai FIA Motorsport Games

Malaysia kembali sertai FIA Motorsport Games

BARISAN pelumba dan peserta E-sports yang akan menyertai FIA Motorsport Games pada 23-27 Oktober ini di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol. - IHSAN MAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan akan menghantar pasukan bagi menyertai FIA Motorsport Games pada 23-27 Oktober ini di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), wakil negara bakal menyertai tiga disiplin iaitu GT Sprint, GT dan E-sports.

Bagi kategori GT, Malaysia diwakili dua pelumba berpengalaman, Weiron Tan dan Selim Rafique, manakala, Jazeman Jaafar bakal beraksi dalam kategori GT Sprint.

Bagi saingan E-sports pula, Naquib Nor Azlan akan beraksi untuk kategori GT dan adiknya, Nabil bertanding dalam F4.

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, lima wakil Malaysia yang terpilih adalah yang terbaik untuk beraksi pada kejuaraan tersebut.

“Kami sangat bangga dan teruja untuk menghantar pelumba-pelumba tempatan bagi acara FIA Motorsport Games yang dianggap sebagai Sukan Olimpik dalam sukan
pemotoran.

“Saya percaya lima pelumba Malaysia ini mempunyai apa yang diperlukan untuk bersaing dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, penyertaan Malaysia dalam kejuaraan tersebut sekurang-kurangnya menjadi platform terbaik untuk mempamerkan bakat dari Asia Tenggara.

Pelumba-pelumba Malaysia dalam kategori GT akan bersama pasukan Taxshield Arrows yang terkenal dengan kepakaran teknikal yang luar biasa.

Ini merupakan kali ketiga pelumba Malaysia bertanding pada kejuaraan tersebut dengan penyertaan sulung pada 2019 di mana pemenang eRacing GP 2019, Mior Muhamad Hafiz menduduki tempat ke-8 dalam Piala Digital.

Pada 2022, Naquib mengatasi pesaing dari lebih 60 negara untuk layak sebagai finalis dalam Piala E-sports.

FIA Motorsport Games adalah acara multi disiplin unik yang menyaksikan pelumba bersaing membawa bendera negara masing-masing dengan 26 acara dipertandingkan antaranya Slalom Auto, Slalom Karting, E-sports, Formula 4, Drift, Off-road dan Rali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya