LTdL 2024 tetap sengit tanpa Genting Highlands  

LTdL 2024 tetap sengit tanpa Genting Highlands  

Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 mencipta sejarah apabila menambah laluan baharu di Sarawak. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Perlumbaan berprestij Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 sudah melabuhkan tirainya kelmarin, menyaksikan saingan dijalankan tanpa laluan pendakian berturut-turut seperti di Genting Highlands sepertimana tahun sebelum ini, menjadikan kejohanan edisi ke-28 ini agak ‘kurang’ mencabar.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL 2024, Emir Abdul Jalal menaruh harapan yang besar untuk melihat perlumbaan berstatus 2. Pro ini akan terus merangka laluan mendaki berturut-turut pada kejohanan akan datang.

Menurutnya, beliau mahu melihat para pelumba terus ‘menderita’ dan menyedari bahawa perlumbaan ini bukan kejohanan ‘kampung’ dan mampu menjamukan pelbagai cabaran sengit kepada WorldTeam dan ProTeam.

“Secara keseluruhan apa yang kita rancangkan perlumbaan kali ini berjaya tetapi bukan sepenuhnya. Risiko yang diambil agak besar berikutan ada pergerakan besar-besaran seperti di Pulau Langkawi dan Sarawak,” kata Emir.

Ketika ditanya mengenai bagaimana persediaan untuk perlumbaan tahun ini, Emir mendedahkan ia tidak semudah seperti dahulu yang mana memerlukan perancangan yang khusus ketika pergerakan dari Senai, Johor ke Miri, Sarawak.

“Sebagai penganjur saya mengakui ada beberapa kesilapan sedikit, ada perkara berlaku di luar kawalan. Kita bukannya seorang juruterbang dan pengawasan darat untuk mengawal kelewatan barang. Bagaimanapun, peringkat ketujuh berlangsung dengan baik. Tiada pasukan tarik diri dan memarahi pihak komisar.

“Semua sampai dengan selamat. Secara keseluruhan ada sedikit kemalangan (peringkat kedua dari Arau ke Butterworth) di mana pelumba terlampau mahukan kemenangan, laluan pula ada yang bahaya tetapi selamat dilalui,” ujarnya.

Dalam pada itu, Emir mengakui perlumbaan LTdL 2024 tidak dijangkakan akan tamat dengan sangat pantas yang mana setiap pelumba seakan-akan meramalkan pesaing yang hadir pada kejohanan ini.

Menurutnya, walaupun Genting Highlands tiada dalam laluan edisi kali ini, perlumbaan LTdL 2024 masih menarik susulan para pelumba mempamerkan kayuhan bertenaga bagi merebut gelaran.

“Persediaan pelumba tempatan sahaja yang belum cukup mampan kalau hendak dibandingkan dengan senarai pelumba ProTeam dan WorldTeam yang sangat hebat. Ia perlumbaan yang sangat kompetitif biarpun ketiadaan laluan pendakian di Genting Highlands.

“Perlumbaan yang cukup terbuka (tanpa Genting Highlands). Setiap pasukan berusaha untuk berada di kedudukan terbaik. Ketiadaan Genting Highlands masih sengit untuk pelumba.

“Penyandang Raja Bukit sebelum ini Arvid De Kleijn hanya dapat merangkul Jersi Jingga di peringkat keenam. Pelumba Jepun juga saya lihat sangat bersedia, sudah lama mereka tidak menunjukkan kehandalan di sini. Jadi bagi saya tanpa Genting Highlands ia lebih menarik,” jelas Emir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya