LONDON: Liverpool kekal menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 1-0 ke atas Crystal Palace ketika Arsenal dan Manchester City terus memberi tekanan apabila mecatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.
City menewaskan Fulham 3-2 untuk kekal satu mata di belakang Liverpool manakala Arsenal membenam Southampton 3-1.
Setakat 10 perlawanan yang sudah dilalui Arne Slot telah menang sembilan sejak menggantikan Jurgen Klopp di Anfield.
“Sekiranya anda dapat menjaringkan gol kedua, mereka akan tertekan. Mungkin ramai peminat yang percayakan keputusan semata-mata sebab kemenangan ini hanya melibatkan ajringan 1-0,” kata Slot.
Arsenal yang kembali dengan kejayaan masih segar menewaskan Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara sejak awal diramal menang dalam perlawanan ini ke atas Southampton.
Namun, The Saint mengejutkan lawan dengan jaringan gol selepas 10 minit pertama babak kedua menerusi Cameron Archer yang merupakan jaringan pertamanya sejak berpindah dari Aston Villa.
Gol pendahuluan itu bagaimanapun bertahan tiga minit sebelum Kai Havertz menjaringkan gol dan Gabriel Martinelli meletakkan Arsenal di depan lapan minit kemudian sebelum Bukayo Sako melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Crystal Palace 0 Liverpool 1
Arsenal 3 Southampton 1
Brentford 5 Wolves 3
Everton 0 Newcastle 0
Leicester 1 Bournemouth 0
Manchester City 3 Fulham 2
West Ham 4 Ipswich 1