Lisbon dedah United sedia dapatkan Amorim

Lisbon dedah United sedia dapatkan Amorim

RUBEN AMORIM - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sporting Lisbon mengesahkan Manchester United berminat untuk mendapatkan jurulatih mereka, Ruben Amorim selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memecat Erik Ten Hag.

United memecat jurulatih Belanda, Ten Hag selepas dua tahun berkhidmat pada Isnin lalu sehari selepas Red Devils tewas 2-1 kepada West Ham yang menyaksikan mereka kini berada di kedudukan ke-14 carta liga.

Amorim, 39, muncul sebagai calon utama untuk menggantikan Ten Hag selepas permulaan musim yang teruk buat Red Devils.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Lisbon telah mengesahkan kesediaan United untuk memenuhi klausa pelepasan sebanyak 10 juta euro (RM47.31 juta).

“Manchester United telah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan jurulatih, Ruben Amorim dan telah berkata mereka bersedia untuk membayar klausa pelepasan sebanyak 10 juta euro,” katanya.

Dalam pada itu, Amorim kelihatan berhati-hati ketika menjawab pertanyaan wartawan sama ada aksi final Piala Liga yang menyaksikan pasukannya muncul juara apabila menewaskan Nacional 3-1 sebagai perlawanan terakhirnya bersama Lisbon.

“Tiada siapa yang tahu sama ada ini adalah perlawanan perpisahan saya. Tiada apa yang diputuskan lagi. Jadi mari kita fokus kepada analisis permainan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya