PARIS: Jurulatih Real Madrid Carlo Ancelotti berkata, dia dan pasukannya rela dikritik selepas rekod tanpa kalah akhirnya tercalar selepas tewas kepada Lille 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara pagi tadi.
“Saya perlu jujur. Semua kritikan ke atas kami kerana kekalahan ini wajar dan adil. Kami perlu menerimanya. Kami tidak bermain dengan baik dalam perlawanan ini,” kata Ancelotti selepas sepakan penalti Jonathan David sebelum perlawanan berhenti rehat mengesahkan kemenangan lawan.
Ini merupakan kekalahan pertama dalam 37 perlawanan sejak Januari lalu dan yang pertama dalam saingan Liga Juara-Juara sejak mereka tewas kepada Manchester City pada separuh akhir 2023.
“Keadaan tidak selalunya berlaku. Lawan kami bermain dengan lebih baik dan mereka berhak menang. Kami memiliki peluang untuk mengikat keputusan di hujung perlawanan tetapi tidak bernasib baik. Kekalahan ini akan menjadi pengajaran kepada kami. Banyak perkara yang kami perlu usahakan selepas ini,” katanya. – AFP/UTUSAN