Kai Xing-Aaron dinobatkan sebagai juara remaja dunia

Kai Xing-Aaron dinobatkan sebagai juara remaja dunia

KAI XING-Aaron Tai dan Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi bergambar bersama pingat yang dimenangi mereka pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 di Nanchang, China, hari ini. - Ihsan BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu remaja lelaki Malaysia, Kang Kai Xing-Aaron Tai dinobatkan selaku juara remaja dunia selepas menewaskan pasangan China, Hu Ki Yuan-Lin Xiang Yi pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, sebentar tadi.

Gandingan muda negara itu menepati status mereka sebagai pilihan pertama apabila membenam Ki Yuan-Xiang Yi yang diletakkan selaku pilihan kedua 21-18, 15-21, 21-18 dalam masa 1 jam 05 minit.

Kai Xing-Aaron menamatkan penantian Malaysia untuk merangkul gelaran dalam kategori tersebut selepas 11 tahun.

Kali terakhir wakil Malaysia menjuarai kategori beregu lelaki adalah menerusi Nelson Heg-Teo Ee Yi pada 2011.

Bagaimanapun, jika tidak mengambil kira kategori, Goh Jin Wei merupakan pemain Malaysia terakhir menjulang gelaran remaja dunia menerusi kategori perseorangan perempuan pada 2018.

Sementara itu, beregu wanita Malaysia, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi muncul naib juara selepas tunduk kepada gandingan Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki 21-17, 21-17 dalam satu lagi perlawanan akhir yang berlangsung lebih awal.

Zi Yu yang baharu berusia 14 tahun 53 hari muncul pemain termuda pada kejohanan itu mara ke perlawanan akhir mengatasi pemegang rekod terdahulu Ratchanok Intanon dari Thailand.

Sewaktu mencipta rekod tersebut, Ratchanok berusia 14 tahun 269 hari ketika dia mara ke perlawanan akhir perseorangan perempuan pada edisi 2009 di Alor Setar, Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya