PORTO: Jaringan penyamaan Harry Maguire dalam masa kecederaan berjaya menyelamatkan bos Manchester United, Erik ten Hag daripada menerima satu lagi kekalahan apabila seri 3-3 menentang Porto FC dalam saingan Liga Europa di laman lawan.
United terlebih dahulu selesa dengan dua jaringan masing-masing daripada Marcus Rashford dan Rasmus Hojland seawal minit ke-20 tetapi Porto bangkit mengikat kedudukan dengan jaringan Pepe sebelum dua jaringan Samu Omorodion meletakkan tuan rumah mendahului.
Ketika United di ambang kekalahan, anak-anak buah Ten Hag terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila kapten pasukan, Bruno Fernandes dibuang padang sebelum kelab Inggeris itu bernasib baik apabila jaringan Maguire menyelamatkan mereka.
United sebelum ini seri dengan FC Twente minggu lalu dan berada dalam kedudukan 21 daripada 36 pasukan bertanding dan akan bertandang ke Aston Villa hujung minggu ini untuk saingan Liga Perdana Inggeris.
“Kami bermula dengan baik dan kami menguasai perlawanan dengan menjaringkan dua gol sebelum hilangan penguasaan,” kata Ten Hag yang memberitahu babak kedua menyaksikan pasukannya mula menurun. – AFP
KEPUTUSAN
Porto (POR) 3 Manchester United (ENG) 3
Rangers (SCO) 1 Lyon (FRA) 4
PAOK (GRE) 0 FCSB (ROM) 1
Viktoria Plzen (CZE) 0 Ludogorets (BUL) 0
Union Saint-Gilloise (BEL) 0 Bodo/Glimt (NOR) 0
Athletic Bilbao (ESP) 2 AZ Alkmaar (NED) 0
Twente (NED) 1 (TUR) 1
Besiktas (TUR) 1 Eintracht Frankfurt (GER) 3
Elfsborg (SWE) 1 Roma (ITA) 0
Lazio (ITA) 4 Nice (FRA) 1
Slavia Prague (CZE) 1 Ajax (NED) 1
Real Sociedad (ESP) 1 Anderlecht (BEL) 2
Olympiakos (GRE) 3 Braga (POR) 0
Maccabi Tel Aviv (ISR) 0 Midtjylland (DEN) 2
Ferencvaros (HUN) 1 Tottenham (ENG) 2
Qarabag (AZE) 1 Malmo (SWE) 2
Hoffenheim (GER) 2 Dynamo Kyiv (UKR) 0
RFS (LAT) 2 Galatasaray (TUR) 2