Iqbal tawan hati Henxiang Cycling Team

Iqbal tawan hati Henxiang Cycling Team

PELUMBA Henxiang Pro Cycling, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi, ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat keenam dari Batu Pahat ke Kulai, di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pelumba tempatan yang beraksi bersama pasukan dari China, Henxiang Cycling Team, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi menunjukkan prestasi positif selepas berakhirnya peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Batu Pahat ke Kulai, semalam.

Ketika ramai pelumba berpengalaman negara, Iqbal menunjukkan satu perkembangan positid untuk menjadi seorang pakar pecut selepas berjaya melepasi peringkat ‘Queen Stage’ dan dua lagi laluan berbukit di peringkat empat dan lima.

Kayuhan bertenaga yang dipamerkan oleh pelumba berusia 20 tahun itu sekali gus menambat hati Henxiang untuk menyambung kontraknya sehari selepas tamat perlumbaan LTdL 2024 di Bintulu, Sarawak, Ahad ini.

“InshaAllah lepas LTdL ini dan selepas peringkat kelapan, keesokannya saya akan ke China bersama pasukan saya untuk menandatangani kontrak baharu saya bagi musim depan.

“Saya hanya mahu buat yang terbaik untuk pasukan (Henxiang) ini. Satu lagi kita bawak nama Malaysia. Bagi saya itu semangat saya,” kata Iqbal kepada pemberita sejurus tamat saingan peringkat keenam, di sini, semalam.

Pelumba kelahiran Terengganu itu, menamatkan saingan sejauh 123.4km itu semalam di tempat ke-96 daripada 103 pelumba

Semantara itu, Iqbal mendedahkan Henxiang sudah ‘merisiknya’ sejak awal tahun ini, namun beliau menunda untuk menyertai pasukan itu berikutan mahu fokus kepada kejohanan kebangsaan serta SUKMA Sarawak 2024.

“Sejak awal tahun ini, Henxiang menjemput saya ke China. Saya cakap dengan jurulatih Anuar (Manan), mahu fokus kepada kejohanan kebangsaan dan SUKMA.

“Selepas SUKMA dan sudah mempamerkan keputusan memberangsangkan, baharu mereka boleh ‘nampak’ kita. Saya hanya mahu beri keputusan positif supaya mereka nampak kita ada kebolehan,” ujarnya.

Untuk rekod, Iqbal berhasil menuai dua pingat emas menerusi acara lebuh raya individu dan berpasukan selain satu perak pada acara kriterium di SUKMA Sarawak 2024, Ogos lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya