Hatton cipta rekod kejuaraan ketiga  

Hatton cipta rekod kejuaraan ketiga Alfred Dunhill 

Tyrrell Hatton
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tyrrell Hatton menjadi pemain golf pertama memenangi gelaran Kejuaraan Alfred Dunhill Links buat kali ketiga.

Kejayaan berkenaan dipahat pemain berusia 33 tahun itu di St Andrews, semalam.

Hatton menyamai rekod di Old Course dengan 61 pukulan pada Sabtu lalu dan melakukan birdie di lubang ke-18 untuk merekodkan 70 pukulan 24 bawah par bagi mengumpulkan mata keseluruhan 264 dengan hanya satu pukulan mengatasi pemain Belgium, Nicolas Colsaerts (265).

Pemain England itu, yang menyertai jelajah LIV Golf, awal tahun ini turut menamatkan saingan di tempat kedua acara pro-am apabila bergandingan dengan bapanya.

“Ini kali pertama saya memenangi kejohanan bersama bapa saya di sini, jadi ia sangat bermakna.

“Melakukan perkara ini di ‘rumah’ sukan golf, sudah pasti sangat istimewa. Sejujurnya, saya cuba tahan daripada menangis. Saya hilang kata-kata,” kata Hatton yang sebelum ini telah memenangi kejuaraan sama pada tahun 2016 dan 2017.

Pada saingan itu, Hatton melakukan birdie di lubang kedua, kelima, ke-10 dan ke-11 untuk mendahului dengan selesa ketika berbaki enam lubang.

Bagaimanapun, dia kemudiannya melakukan double bogey di lubang ke-13 serta satu lagi kesilapan di lubang berikutnya.

Namun, pemain Piala Ryder itu, bangkit membenam birdie di lubang terakhir sekali gus mengesahkan kemenangan menjadi miliknya selepas Colsaerts gagal menyempurnakan peluang terbuka bagi mencatat 70 pukulan 24 bawah par pada lubang ke-18.

Dalam pada itu, Tommy Fleetwood meraih tempat ketiga dengan 67 pukulan 21 bawah par bagi mengumpulkan mata keseluruhan 267. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya