Harimau Malaya tidak diswastakan

Harimau Malaya tidak diswastakan

HARIMAU Malaya akan diletakkan di bawah unit khas FAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad kebangsaan tidak akan diswastakan dan akan terus berada di bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, satu pembaharuan akan dilakukan dengan Harimau Malaya akan diletakkan di bawah unit khas badan induk itu.

Beliau berkata, unit baharu itu akan memantau dan mengendalikan skuad Harimau Malaya dan bawah 23 tahun (B-23) termasuklah peruntukan kewangan serta barisan kejurulatihan pasukan.

“Sebenarnya, tidak timbul isu pasukan kebangsaan diswastakan. Pasukan kebangsaan akan ada satu unit khas termasuklah membabitkan skuad B-23.

“Unit ini akan bertanggungjawab kepada Presiden ( Tan Sri Hamidin Mohd Amin) dan Exco FAM. Cuma peruntukan untuk ini akan dijaga khusus supaya kewangannya tidak digunakan kepada lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya