Harimau Malaya bukan 'cap ayam' 

Harimau Malaya bukan ‘cap ayam’ 

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan ringan menjelang aksi persahabatan di New Zealand, semalam. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya bukan pasukan ‘cap ayam’ sehinggakan tiada pasukan menyahut cabaran untuk mengadakan aksi persahabatan pada jendela Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Skuad bimbingan Pau Marti Vicente hanya dapat menguji pasukan di ranking ke-95 dunia, New Zealand di Auckland bagi aksi Tier 1 selepas berentap dengan sebuah pasukan kelab utama bagi aksi persahabatan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata, ‘saham’ Harimau Malaya masih tinggi, namun badan induk itu terpaksa akur kerana negara lain mempunyai komitmen masing-masing.

Katanya, terdapat kekangan tertentu dalam merencana perancangan untuk mendapatkan dua aksi persahabatan pada jendela Oktober sekaligus memaksa mereka berpuas hati dengan satu aksi Tier 1.

Jelasnya, banyak pasukan menunjukkan minat untuk menguji skuad kebangsaan, namun hasrat itu tidak kesampaian selepas pasukan itu turut memiliki perancangan tersendiri dalam misi mendapatkan mata ranking FIFA.

“Kita cuba dapatkan dua pasukan tetapi saya akui ada beberapa kesukaran terutama selepas pasukan membuat persiapan masing-masing. Mereka tidak tolak tetapi mereka ada komitmen untuk kepentingan pasukan mereka.

“Kita faham masalah ini dan sampai kita nak dapatkan pasukan di bawah kita untuk sekadar dapatkan aksi persahabatan pun sukar juga kerana mereka ada persediaan tersendiri yang bersesuaian untuk mereka.

“Dalam keadaan sekarang, bukanlah pasukan besar tidak mahu bermain dengan kita kerana mereka pun nampak (kemampuan pasukan kita) tetapi mereka ada sasaran sendiri. Cuma mungkin masa tak kena kerana mereka terbabit dengan perlawanan lain.

“Jadi kekangan itu daripada pihak pasukan lawan dan bukan daripada pihak kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025, semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada beberapa lagi pasukan untuk melengkapkan perlawanan bagi jendela FIFA pada November nanti.

“Kita sah ada satu perlawanan menentang India pada 19 November dan kita sedang mendapatkan maklum balas daripada pasukan itu sebelum kita umumkan nanti,” katanya. = UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya