Hannah kecewa kerajaan negeri enggan taja LTdL 2024

Hannah kecewa kerajaan negeri enggan taja LTdL 2024

HANNAH menyarungkan Jersi Jingga selaku Raja Pecut kepada pelumba JCL Team Ukyo, Matteo Malucelli pada Le Tour de Langkawi (LTdL) di Bintulu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kecewa selepas kerajaan negeri enggan menghulurkan tajaan bagi menaja Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Hannah berkata, ada kerajaan negeri mahu perlumbaan berprestij Asia itu dianjurkan di negeri masing-masing, namun tidak bersedia untuk menanggung kos penganjuran.

Beliau berkata, sukan adalah antara bidang yang boleh dipelopori oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan lagi industri pelancongan dan merancakkan ekonomi negeri masing-masing.

“Kebanyakan negeri berminat untuk perlumbaan ini datang ke negeri mereka, tetapi tidak berminat untuk menyumbang wang. Itu cabaran yang kami hadapi.

“Ianya semua melibatkan kos. Malah tahun lalu, saya terpaksa menjelaskan di Parlimen mengapa perlumbaan ini (LTdL) ini tidak dianjurkan di Langkawi (2023),” kata Hannah kepada pemberita pada sidang akhbar LTdL 2024, di sini, semalam.

Semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub mendedahkan bahawa kira-kira RM8.2 juta merupakan jumlah tajaan LTdL edisi ke-28 ini dan sehingga kini, tiada sumbangan datang dari negeri-negeri yang menjadi laluan kepada perlumbaan berkenaan.

Sementara itu, Hannah menegaskan semua negeri perlu mengubah persepsi mereka dalam penganjuran sukan daripada sudut rekreasi kepada pelaburan untuk masa depan di negeri itu sendiri.

Dengan Sarawak menjadi tuan rumah untuk dua peringkat terakhir LTdL 2024, beliau berkata negeri-negeri yang lain perlu mengambil inisiatif serta memainkan peranan mereka dalam membangunkan sukan di negeri masing-masing.

“Kami sangat gembira kerana Sarawak proaktif dalam kerjasama mereka bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membawa beberapa acara temasya ke sini.

“Mereka (Sarawak) mempunyai tempat yang menarik serta infrastuktur yang sangat baik untuk menganjurkan acara sukan,” katanya.

LTdL 2024 menyaksikan perlumbaan sejauh 1,190 kilometer (km) itu merentasi 11 negeri iaitu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya