Garrido tidak mahu terus dihantui kegagalan

Garrido tidak mahu terus dihantui kegagalan

Juan Torres Garrido
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Juan Torres Garrido enggan terus meratapi kegagalan layak ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 20 tahun (B-20) 2025.

Sebaliknya, Garrido mahu merangka perancangan dan mempersiapkan pasukan untuk mengharungi beberapa aksi di peringkat antarabangsa bermula awal tahun depan.

Jurulatih dari Sepanyol itu berkata, anak buahnya telah mendapat pengajaran berguna pada aksi kelayakan Piala Asia B-20 baru-baru ini.

Justeru, mereka pasti akan menampilkan permainan lebih matang dan menyakinkan pada kejohanan akan datang.

“Kita sudah meningkat daripada pelbagai aspek dan saya yakin pemain mendapat pengalaman berharga untuk mereka beraksi lebih baik.

“Perlawanan sebelum ini bukanlah mereka tidak beraksi dengan baik cuma peluang yang terhidang gagal untuk diterjemah kepada jaringan.

“Barisan pemain skuad B-19 akan mengharungi beberapa perlawanan bermula Februari tahun depan. Sudah pastinya kita mahu mereka lebih bersedia dan tidak mengulangi kesilapan sama,”katanya.

Terdahulu, impian skuad B-19 untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-20 berkecai selepas menamatkan saingan di tangga keempat Kumpulan E.

Pada aksi kelayakan itu, skuad muda negara bermula baik apabila menewaskan Oman 1-0 pada aksi pertama namun aksi seterusnya mereka gagal meneruskan momentum kemenangan.

Kemerosotan prestasi skuad B-19 bermula apabila gagal menggunakan kelebihan seorang pemain pada perlawanan kedua ketika terikat 0-0 dengan Korea Utara yang mengesahkan slot ke pusingan akhir sebagai juara Kumpulan E.

Impian untuk bangkit pada aksi seterusnya tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Tajikistan pada perlawanan ketiga sebelum menutup kempen kelayakan dengan keputusan 1-1 menentang pasukan tercorot, Sri Lanka.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya