FAM tidak serik, tetap cari pemain warisan wakili negara

FAM tidak serik, tetap cari pemain warisan wakili negara

Mohd Yusoff Mahadi (tiga dari kiri) bersama Pengarah A&R Warner Music Malaysia, Raqeem Brian (tiga dari kanan), Pengarah Urusan WMM, Dinesh Ratnam (kanan) dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman (dua dari kiri) selepas majlis menandatangani perjanjian antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Warner Music Malaysia di Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih membuka pintu buat mana-mana pemain yang mendakwa mempunyai darah kacukan untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, FAM terbuka untuk meneruskan agenda memperkuatkan pasukan kebangsaan, namun ia perlu selari dengan undang-undang.

“Biarpun usaha untuk mendapatkan Mats Diejl gagal, tetapi saya juga harus ucapkan terima kasih kepada pemain ini kerana beliau mempunyai hasrat murni untuk mewakili Malaysia.

“Atas sebab-sebab teknikal dan kita pun sudah maklum bahawa FIFA tidak meluluskan permohonan selepas proses-proses yang kita buat untuk dia mewakili Harimau Malaya.

“Daripada situ, saya berharap pemain warisan yang berpengkalan di luar negara tidak serik sekali gus menyekat usaha kita mendapatkan pemain terbaik untuk memperkuatkan pasukan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Antara FAM dan Warner Music Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, impian peminat untuk melihat Deijl yang juga kapten Go Ahead Eagles mewakili Harimau Malaya tidak kesampaian selepas FAM mengesahkan pemain itu tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai skuad kebangsaan.

FAM menjelaskan, perkembangan itu disahkan oleh FIFA dan berdasarkan dokumentasi dilampirkan, pemain itu hanya memiliki darah keturunan Malaysia menerusi moyangnya dan bukan melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya