FAM cari pemain kualiti, bukan tangkap muat

FAM cari pemain kualiti, bukan tangkap muat

MOHD YUSOFF MAHADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan prestasi Harimau Malaya sejak kebelakangan ini telah membuka mata ramai pemain luar negara yang mendakwa mempunyai darah kacukan untuk beraksi dengan skuad kebangsaan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, faktor itu sebenarnya menjadi pemangkin dan membuka mata pemain luar negara untuk mencuba nasib untuk mewakili Malaysia.

“Kalau kita lihat beberapa tahun yang lepas, pemain (dari luar negara) mahu mewakili negara agak sukar. Sebab bila pergi (kejohanan) kalah, pergi kalah dia akan menimbulkan satu semangat untuk mewakili negara itu tidak seberapa, minat itu tak ada.

“Sebab pergi asyik kalah, pergi asyik kalah orang pun tak minat nak mewakili negara. Tetapi kita lihat akhir-akhir ini banyak pemain nak mewakili negara kerana kita berada di satu tahap yang lebih dan mereka dah mampu bersaing.

“Jadi faktor itu sebenarnya kita perlukan pemain ini untuk pemangkin dan tentu sekali jangka panjangnya kita juga perlu (pembangunan) untuk mengelakkan orang kata satu pasukan kita diwakili orang lain, pembangunan kena berjalan,” katanya.

Selain itu kata Mohd. Yusoff, dalam usaha mencari pemain warisan, FAM sentiasa terbuka dan yang penting sekali ialah pemain-pemain warisan mempunyai tahap atau kualiti untuk mewakili negara ataupun mesti lebih baik daripada pemain yang kita ada.

“Kalau setakat kualitinya sama macam dalam negara, baik kita pakai yang dalam negara sahaja. Jadi pemain-pemain ini mesti datang dengan satu tahap yang mereka dapat menunjukkan mereka lebih baik daripada pemain yang kita ada.

“Memang tujuan kita pun untuk memperkuatkan pasukan negara dan kita berharap ada pemain-pemain yang sememangnya mempunyai hasrat dan cita-cita murni daripada individu itu sendiri untuk membantu pasukan Malaysia,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat nama lain selepas kapten Go Ahead Eagles, Mat Deijl tidak layak beraksi dengan Harimau Malaya, Mohd. Yusof berkata, FAM mempunyai ketua pasukan kebangsaan yang memantau perkara itu.

“Secara tepat saya tidak boleh nak jawab soalan itu sebab kita menyerahkan kepada ketua pasukan kebangsaan untuk sentiasa pantau ataupun kalau ada kadang-kadang pemain dari luar yang menghantarkan (dokumen) kepada kita sendiri.

“Ketua pasukan kebangsaan kita sentiasa berurusan dengan mereka (pemain warisan) untuk memastikan kesahihan dokumen-dokumen ataupun apa-apa keperluan untuk menjadi pemain warisan, jika gagal kita tidak berhenti di situ,” katanya

Sebelum ini, impian peminat untuk melihat Deijl mewakili Harimau Malaya tidak kesampaian selepas FAM mengesahkan pemain itu tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai skuad kebangsaan.

FAM menjelaskan, perkembangan itu disahkan oleh FIFA dan berdasarkan dokumentasi dilampirkan, pemain itu hanya memiliki darah keturunan Malaysia menerusi moyangnya dan bukan melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya