Elmi jalani pembedahan, selamatkan jari ‘terkulai’ 

Elmi jalani pembedahan, selamatkan jari ‘terkulai’ 

Muhammad Elmi Jumari terlibat dalam kemalangan semasa berlumba peringkat kedua LTdL 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Pakar pecut kebangsaan, Muhammad Elmi Jumari yang mengalami patah tulang jari kiri, kanan serta selangka dalam kemalangan semasa berlumba Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 selamat menjalani pembedahan, kelmarin.

Jurulatih kebangsaan, Mohd Yusof Nasir berkata, Elmi menjalani pembedahan untuk menyelamatkan satu jari di tangan kirinya di sebuah hospital swasta di Bagan Serai.

Menurutnya, pelumba berusia 34 tahun itu bakal menjalani dua pembedahan iaitu di jari tangan kanan dan tulang selangkanya dalam masa terdekat.

“Kecederaan pada jari tangan kirinya paling serius. Ianya patah paling teruk dan jarinya ‘terkulai’ pada tangannya.

“Pembedahan telah dilakukan malam tadi (kelmarin). Difahamkan, plat logam atau skru sudah dimasukkan. Dia sebelum ini pernah patah tulang selangka (kemalangan sebelum ini) dan kini patah lagi.

“Beliau perlu menjalani pembedahan pada jari kanannya dan tulang selangka. Kami belum memutuskan untuk menjalani pembedahan di hospital sini (Bagan Serai) atau di ibu kota,” kata Yusof kepada pemberita sebelum perlumbaan peringkat kedua, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Yusof mengesahkan bahawa Elmi tidak menyertai baki peringkat LTdL berikutan tempoh pemulihannya mungkin memakan masa enam bulan.

“Saya hanya sempat bercakap dengannya sebentar, semalam (kelmarin) kerana dia perlu berehat selepas pembedahan.

“Dia hanya memohon maaf kepada saya. Saya memberitahunya supaya tidak risau dan hanya fokus kepada pemulihan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya