'DinFei' pulang awal

‘DinFei’ pulang awal

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi wakil Malaysia kedua mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih terbuai dengan gelaran Terbuka Arctic 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal melepasi halangan pertama di Terbuka Denmark 2024, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketujuh, Sze Fei-Nur Izzuddin ‘dijinakkan’ oleh pasangan kerdil dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-13, 21-13 dalam tempoh 32 minit.

Kekalahan itu menyaksikan mereka menjadi wakil ketiga yang tersingkir di pusingan pertama pada kejohanan bertaraf Super 750 selepas pasangan campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai dan pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao.

Sementara itu, gandingan campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya mara ke pusingan kedua, sebentar tadi.

Pasangan No. 17 dunia itu menewaskan gandingan England, Ethan Van Leeuwen-Chloe Birch 21-7, 21-14 dalam tempoh 30 minit.

Mereka seterusnya akan bertemu pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Sapsiree Taerattanachai atau gandingan Taiwan,  Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang pada aksi pusingan kedua, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN