Dari Jersi Putih ke pelumba terbaik Malaysia

Dari Jersi Putih ke pelumba terbaik Malaysia

Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menjadi pelumba terbaik Malaysia pada LTdL 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Pelumba Terengganu Cycling Team, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menganggap pencapaiannya di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 tetap membuahkan hasil sekalipun terlepas untuk bergelar Pelumba Terbaik Asia.

Pelumba berusia 27 tahun itu berkata, selepas beliau melihat kedudukan Pelumba Terbaik Asia sukar untuk dicabar, beliau mengalihkan tumpuannya untuk menjadi pelumba terbaik Malaysia keseluruhan.

“Saya telah berusaha sebaik mungkin. Tahun ini sangat sukar dengan semua pelumba di rantau ini mempunyai sasaran untuk Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia).

“Saya cuba untuk mengumpul mata (Raja Bukit) namun berkemungkinan akan terganggu dengan perkara itu. Jada saya fokus untuk saya mendapat Jersi Putih.

“Bagaimanapun, saya bersyukur untuk itu (terbaik Malaysia),” kata Aiman kepada pemberita sejurus tamat perlumbaan peringkat terakhir, di Bintulu, semalam.

Pada perlumbaan peringkat kelapan di sekitar Bintulu, Raja Bukit edisi 2020 dan 2022 itu menamatkan saingan di tempat ke-41 dengan catatan 26:35.18 saat (s) untuk perebutan Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan).

Sementara itu, Aiman berkata, perlumbaan LTdL edisi ke-28 ini jelas sukar dengan laluannya yang mencabar bermula peringkat ketiga sehingga keenam.

“Persaingan (antara pelumba) tahun ini sangat sukar kerana ada cabaran pada setiap perlumbaan (peringkat). Peringkat pertama masih boleh, namun bermula peringkat kedua sehingga keenam ia sangat agresif,” ujarnya.

Untuk rekod, LTdL 2024 merupakan penampilan kelapan untuk Zhariff dan beliau berhasil menyarung Jersi Polka Dot (Raja Bukit) pada tahun 2020 dan 2022.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya