Cari pemain warisan, naturalisasi gred 'A'

Cari pemain warisan, naturalisasi gred ‘A’

DION Cools antara tonggak warisan berkualiti yang berada dalam skuad Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disarankan hanya mengambil pemain warisan dan naturalisasi bergred ‘A’ serta berjiwa Malaysia jika mahu menguatkan skuad Harimau Malaya.

Pandangan itu ditegaskan pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, langkah ini bagi memastikan Harimau Malaya mendapat pemain berkualiti yang mampu memberi impak besar kepada pasukan.

Jelasnya, kaedah ini mungkin merupakan jalan pintas namun FAM juga harus memberi tumpuan kepada program pembangunan dan membentuk pemain tempatan dengan acuan sendiri.

“Kalau nak cari pemain warisan atau naturalisasi kena cari yang terbaik, pemain yang mewakili kelab bermain dalam liga-liga atasan setiap negara bola sepak yang kuat.

“Jika itu pilihan, pasti tiada pihak yang akan persoalkan. Jangan ambil pemain-pemain yang bermain di kelab bawahan malah ada kelab, pasukan yang kita sendiri tidak pernah dengar serta bermain di divisyen tiga, empat dan kebawah.

“Kalau macam itu lebih baik kita gunakan pemain tempatan. Untuk jangka singkat mungkin ini kaedahnya namun kita tidak boleh lupa tentang program pembangunan untuk jangka panjang. Kita kena bangga dengan acuan dan pemain tempatan kita sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ketika ini, isu tentang pemain warisan hangat diperkatakan dalam kalangan peminat-peminat negara, malah ada menyifatkan FAM tidak buat kerja atau mengambil berat tentang perkara ini.

Selain itu, ada juga turut membandingkan tentang bagaimana kejayaan Indonesia membentuk pasukan dibarisi pemain-pemain warisan dan naturalisasi berkualiti berbanding Malaysia.

Jelas Pekan, sebenarnya perbandingan antara Malaysia dengan Indonesia tidak sepatutnya dibahaskan berkenaan perkara ini kerana semua tahu ‘sumber’ mereka jauh lebih besar.

“Ramai bercakap tentang pemain warisan dan naturalisasi. Kita cuba cari jalan singkat untuk menonjolkan (di peringkat antarabangsa) menggunakan kaedah ini namun selepas guna cara ini, ia belum menunjukkan hasil yang diharapkan.

“Mungkin juga kita tercabar dengan kemampuan Indonesia yang guna pemain warisan dan tunjuk kejayaan ketika ini tetapi kita kena terima hakikat bahawa kita banyak hadnya dan sumber tidak besar berbanding dimiliki Indonesia dalam mendapatkan pemain warisan berkualiti,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya