Cari 11 pemain macam Arif Aiman

Cari 11 pemain macam Arif Aiman

AKSI Arif Aiman Hanapi sentiasa ditunggu peminat bola sepak tanah air. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pemain yang beraksi sama tahap dengan bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Perkara itu diakui sendiri Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusof Mahadi bagi mengelak Harimau Malaya bergantung 100 peratus kepada pemain warisan pada masa akan datang.

“Untuk proses jangka panjangnya kita perlu kuat­kan program pembangunan supaya apabila kita berada satu peringkat atau satu tahap yang baik, biar pemain-pemain ini tahu (jika) dia nak menjadi pemain negara dia mesti capai tahap ini.

“Jadi macam Arif Ai­man, untuk jadi pemain ne­gara dia sudah menunjukkan tahap dia sama de­ngan pemain luar negara. Kalau ada 11 orang pemain macam Arif Aiman tentulah kita tidak perlukan pemain luar negara.

“Contohnya untuk mencapai tahap itu, kita perlu menjadikan pasukan yang sedia ada (dalam Liga Malaysia) menunjukkan satu tahap yang mereka mampu bersaing, kalau tidak, tidak akan ada pemain yang akan keluar daripada proses itu,” katanya.

Terdahulu, Arif Aiman menjadi bualan peminat bola sepak tempatan apabila menampilkan aksi memukau ketika membantu Harimau Selatan melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Shanghai Shenhua dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Bukan sahaja meledak satu gol dalam perlawanan itu, malah pemain sayap kanan berumur 22 tahun itu memainkan peranan cukup besar untuk membolehkan JDT mengutip tiga mata penuh di laman sendiri di Stadium Sultan Ibrahim.

Selepas mengharungi dua aksi pertama ACLE, Arif Aiman memastikan namanya terpahat dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan berkenaan dengan mengumpul tiga jaringan setakat ini termasuk dua gol ketika menentang Shanghai Port FC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya