Cabaran Tenney sebagai pelumba basikal bukit di LTdL 2024

Cabaran Tenney sebagai pelumba basikal bukit di LTdL 2024

Zulfikri Zulkifli (dua dari kanan) menempuh laluan yang panjang dari Miri ke Bintulu pada perlumbaan peringkat ketujuh LTdL 2024, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI atlet berbasikal bukit (MTB) jelas memberi cabaran sukar buat pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Zulfikri Zulkifli untuk ‘menyinar’ pada penampilan sulungnya di Le Tour de Langkawi (LTdL 2024).

Mula berkelana di sukan berbasikal seawal usia 17 tahun, Zulfikri atau lebih mesra disapa ‘Tenney’ sudah menunjukkan sukan terbabit sudah mengalir dalam badan beliau selepas hanya memerlukan beberapa tahun untuk mula mendapat pelbagai pencapaian.

Tenney mula berjinak dalam kancah rentas desa Olimpik (XCO) di negeri kelahirannya, Terengganu pada usia 22 tahun yang mana beliau sudah mula mencipta kejutan menewaskan pelumba yang berpengalaman.

Beliau yang mewakili pasukan Helaz Terengganu muncul juara pada Kejuaraan Berbasikal Lasak Kenjoh XCO 2.0 Terbuka Kebangsaan di Dungun, Terengganu pada Februari 2022 lalu yang mana menewaskan pelumba-pelumba profesional yang lebih senior.

Bukan itu sahaja, bakat Zulfikri ternyata memberi peluangnya untuk mewakili negara menerusi skuad berbasikal MTB kebangsaan pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam pada Mei 2022 lalu.

Kontinjen negara membuat pilihan yang tepat apabila beliau meraih emas menerusi acara XCO berpasukan campuran bersama rakan sepasukannya di MPC, Ahmad Syazrin Awang Ilah serta dua pelumba wanita negara, Natahsya Soon dan Nur Assyira Zainal Abidin.

Tenney bersama pasukannya mencipta sejarah Malaysia meraih emas dalam sukan MTB apabila pencapaian tertinggi negara hanya sekadar meraih perak menerusi Masziyaton Mohd Radzi pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Selang beberapa bulan selepas berakhirnya Sukan SEA Hanoi 2021, pelumba berusia 24 tahun itu sekali lagi mengukir namanya pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur.

Zulfikri yang mewakili negeri Terengganu, meraih emas menerusi acara kegemarannya XCO menewaskan atlet Wilayah Persekutuan, Muhammad Fahmi Khairul serta Muhammad Syawal Mazlin yang mana sudah menjadi rakan sepasukan di MPC ketika ini.

MPC yang sebelum ini dikenali sebagai Team Sapura Cycling  merupakan pemenang Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) pada saingan LTdL 2019 dan 2020 menaruh ‘muka baharu’ pada saingan edisi tahun ini.

Dengan kerjasama Helaz Terengganu, menjadi peluang terbuka buat Zulfikri untuk merebut tempatnya di MPC pada saingan LTdL 2024.

Tenney sudah menempah tiketnya ke LTdL 2024 selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan Jelajah Thailand 2024 peringkat kelima, awal April lalu.

Pelumba kelahiran Dungun itu berkata, beliau sudah merasai bahang cabaran sebenarnya sebagai seorang pakar pendakian selepas berakhirnya peringkat keenam LTdL 2024, kelmarin. 

Menurutnya, beliau sedang bergelut untuk menandingi kepantasan pakar pecut berkelas dunia pada perlumbaan landai dari Batu Pahat ke Kulai sejauh 123.4 kilometer (km).

“Saya tidak menyangka akan terpilih ke skuad LTdL ini secara jujurnya. Perlumbaan di atas jalan raya sangat berbeza dengan bersaing dalam MTB dan saya terpaksa menyesuaikan diri di beberapa kawasan.

“Saya tidak sabar untuk membantu pasukan kami berjuang untuk klasifikasi pasukan Asia. Saya yakin kami boleh melakukannya jika kami memberikan segala yang kami ada.

“Saya agak gementar untuk menunggang dengan pelumba WorldTeam dan ProTeam tetapi pada masa yang sama menantikannya. Saya pasti akan memberikan segalanya,” katanya kepada Mingguan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya