Bekas bintang Real Madrid perkuat jentera serangan JDT

Bekas bintang Real Madrid perkuat jentera serangan JDT

Jese Rodriguez mengenakan jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti disiarkan dalam laman rasmi Johor Southern Tigers. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), secara rasmi menandatangani bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.

Pengumuman ini dibuat melalui laman media rasmi kelab, Johor Saouthern Tigers sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kedatangan pemain  tersebut ke selatan tanah air.

Sebelum ini, Rodriguez, pemain sayap dan penyerang berpengalaman, pernah mewakili Real Madrid sebanyak 63 kali dari 2011 hingga 2016 yang mana beliau menyumbat 13 gol.

Pemain berusia 31 tahun itu juga merupakan pemilik dua trofi UEFA Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan selepas menamatkan kariernya di Madrid, beliau berkhidmat dengan PSG hingga 2020, dengan 12 penampilan dan satu gol.

Rodriguez juga sempat meneruskan kariernya di beberapa kelab lain termasuk Stoke City dan Real Betis.

Kehadiran Rodriguez di JDT pastinya memberi dimensi baru kepada pasukan dan dijangka memperkuatkan barisan serangan JDT dalam saingan Liga Super yang semakin mencabar.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya