Aiman tak kecewa terlepas podium  

Aiman tidak kecewa terlepas podium   

Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menerima anugerah Pelumba Paling Agresif LTdL 2024 di Bintulu, Sarawak, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Biarpun gagal menepati sasaran untuk menempah podium di Le Tour de Langkawi 2024 peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu semalam, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff menganggap  anugerah Pelumba Paling Agresif sesuatu yang ‘bermakna’ untuk dirinya.

Pada laluan sejauh 199.3 kilometer (km) itu, dia enggan diselubungi rasa kecewa, sebaliknya menerima kedudukan itu sebagai satu pembakar semangatnya untuk menamatkan kejohanan LTdL 2024 dengan gemilang.

“Hari ini (semalam) memang menyasarkan untuk podium (peringkat ketujuh). Dalam tiga hari ini, saya tengok ProTeam ini memberi 100 peratus. Dari awal perlumbaan memang dah agresif dan cuba untuk membuat breakaway.

“Walaupun tidak dapat podium hari ini, syukur Alhamdulillah ada sesuatu makna untuk bekerja kuat hari ini. Saya mendapat sesuatu daripada perlumbaan ini,” kata Aiman Zariff kepada pemberita sejurus tamat perlumbaan peringkat ketujuh, semalam.

Semalam, pelumba berusia 27 tahun itu menamatkan perlumbaan pertama di Malaysia Timur itu di kedudukan ke-66 dengan catatan masa 4 jam 18 minit dan 3 saat (s).

Sementara itu, Aiman Zhariff berkata, faktor cuaca menjadi salah satu cabaran dalam perlumbaan berkenaan yang mana hampir memakan keseluruhan tenaganya untuk berkayuh.

“Sejak awal perlumbaan sudah mula hujan dan ada tempat yang panas dan kemudian hujan semula. Kami kehabisan tenaga dengan cuaca begini (hujan dan panas). Orang kata elok untuk badan tetapi cuaca begini lagi banyak berpeluh dan tenaga kita banyak tenaga ketika itu.

“Dari awal saya memang bergelut untuk kekal di hadapan. Saya cuba dan pada akhirnya 20km terakhir tadi saya cuba kejar peloton dan bersedia untuk garisan penamat,” ujarnya.

Ketika ini, Aiman Zariff berada pada kedudukan ke-40 dalam perebutan Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) dengan catatan 22:27.40s iaitu 7 minit 34s di belakang pendahulu, Max Poole dari Team dsm-firmenich PostNL. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN