AFL gesa pemain buat aduan rasmi kepada FAM

AFL gesa pemain buat aduan rasmi kepada FAM

BARISAN kesebelasan utama pasukan KL Rovers ketika menentang Armed Forces dalam saingan Liga A1 Semi-Pro pada 13 Oktober lalu.- IHSAN AMATEUR FOOTBALL LEAGUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Amatur (AFL) menggesa mana-mana pemain Liga A1 Semi-Pro yang berdepan isu tunggakan gaji membuat aduan rasmi bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh badan pengelola liga itu dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau maklumat lanjut mengenai isu tunggakan gaji dan status tindakan yang diambil pasukan dalam Liga A1.

Tegasnya, pihak AFL sentiasa mengingatkan semua pasukan untuk memastikan masalah tunggakan gaji tidak berlaku dan

“Memang pihak kita ambil berat tentang isu melibatkan tunggakan gaji. Untuk laporan, ia ikut prosedur sama seperti pemain-pemain Liga Super iaitu hantar aduan kepada FAM dan baharulah tindakan susulan dibuat, ikut proses sama.

“Liga A1 Semi-Pro ini ada juga pemain yang berkontrak profesional. Kita di pihak AFL juga sentiasa beri peringatan dan menggesa pasukan-pasukan menyelesaikan masalah tunggakan gaji serta masalah lain,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Utusan Malaysia, semalam melaporkan dakwaan pemain dari salah satu pasukan Liga A1 Semi-Pro bahawa mereka tidak mendapat satu sen pun gaji dari pasukan yang diwakili dan salah seorang lagi mendakwa hanya dibayar gaji sebulan.

Ketika ditanya tentang berapa pasukan yang terlibat dengan masalah gaji, Mohd Raimi mengakui ada mendengar tentang perkara itu namun menegaskan bahawa setakat ini tiada sebarang laporan rasmi diterima.

Jelasnya, mungkin boleh dikatakan bahawa hanya segelintir sahaja pasukan difahamkan terlibat dengan isu gaji daripada 16 pasukan yang bertanding di Liga A1.

“Memang kita akui ada dengar tentang isu tunggakan gaji dan kita telah berhubung dengan FAM dan mereka beritahu setakat ini memang tiada apa-apa laporan rasmi diterima.

“Tetapi ada juga pemain-pemain dan pegawai berjumpa dengan pihak AFL beritahu masalah tunggakan gaji dan sebagainya. Kita pun berkongsi dan bantu mereka bagaimana cara buat aduan kepada FAM.

“Ada pasukan berdepan tunggakan gaji sebulan, dua bulan, malah, ada juga yang lambat bayar tetapi tetap bayar gaji bulanan berkenaan. Berdasarkan apa yang kita dengar dan siasatan dalaman dibuat oleh pihak AFL, setakat ini tidak sampai separuh pasukan yang bertanding terlibat dengan isu ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya