Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Denmark

Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Denmark

AARON Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi 22-20, 21-15 pada perlawanan suku akhir Terbuka Denmark 2024 di Arena Jyske Bank, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjadi finalis Terbuka Denmark 2024 tidak kesampaian apabila tewas pada aksi suku akhir Terbuka Denmark 2024 di Arena Jyske Bank, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keempat kejohanan, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalahan straight set 22-20, 21-15 kepada beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam tempoh 41 minit.

Pasangan China No. 21 dunia itu seterusnya akan turun menentang rakan senegara yang juga gandingan No. 1 dunia Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi separuh akhir, esok.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan pertama Aaron-Wooi Yik pada tiga pertemuan mereka sebelum ini.

Tumpuan kini terarah kepada satu-satunya wakil Malaysia iaitu beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang akan turun menentang pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya