90 peratus padang di venue Liga Super teruk

90 peratus padang di venue Liga Super teruk

TUNKU Mahkota Ismail berpendapat peng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa semua pihak agar mengubah mentaliti dengan mengutamakan aspek infrastruktur bola sepak jika mahu bersaing dengan negara jiran.

Tunku Mahkota Ismail menerusi ciapan di laman X, menjelaskan infrastruktur yang baik akan membantu meningkatkan kualiti bola sepak di negara ini yang mana perkara itu sudah dinyatakan baginda 10 tahun lalu.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak JDT turut memuat naik tangkap layar komen baginda di laman Instagram.

“Dah 2024. Sibuk nak bola sepak Malaysia maju tapi 90 peratus padang dalam negara masih dalam keadaan teruk. Amat memalukan dengan negara-negara jiran.

“Negara jiran semua sudah upgrade (naik taraf) padang dan infra bola sepak. Kita hanya bercakap nak berubah tetapi no action (tiada tindakan).

“Peruntukan sudah ditawarkan oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan) tetapi semua kelab tak terima. Dapat padang free pun tak terima. Pasal tak sanggup maintain (selenggara) padang RM200,000 setahun.

“Pemain berjuta boleh beli, kerusi stadium berjuta boleh bayar. Padang RM200,000 setahun dan gaji pemain tak boleh bayar. Amat memalukan.

“Musim tengkujuh dah nak mula. Berapa perlawanan lagi nak kena tunda?. Membazir, dan sangat memalukan,” katanya.

Tunku Mahkota Ismail membuat ciapan itu selepas aksi Liga Super antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin terpaksa ditunda buat kali kedua.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan ringkas memaklumkan perlawanan yang pada awalnya ditangguhkan akibat hujan lebat akan ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi.

Perlawanan itu adalah aksi tertunda selepas pertembungan kedua-dua pasukan yang pada asalnya berlangsung pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguh akibat cuaca buruk.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya