56 atlet negara dapat 'durian runtuh'

56 atlet negara dapat ‘durian runtuh’

Bertrand Rhodict antara atlet yang menerima insentif sumbangan Milo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris mendapat durian runtuh apabila menerima RM10,000 setiap seorang daripada syarikat minuman terkenal, Milo.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau menghargai usaha yang dilakukan oleh Milo untuk terus memberi sokongan kepada atlet negara bermula di peringkat program akar umbi hingga antarabangsa.

“Kami memuji inisiatif Milo dalam menyokong atlet negara kita. Komitmen ini bukan sekadar penajaan tetapi ia adalah mengenai membina budaya sukan dari bawah.

“Ini menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh sektor swasta dalam pembangunan sukan di Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, Olimpian, Bertrand Rhodict merupakan salah seorang penerima daripada 56 atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 gembira apabila menerima menerima insentif berkenaan. 

“Ini adalah tahun pertama saya mewakili Malaysia dalam temasya sukan yang begitu berprestij seperti Sukan Olimpik Paris 2024 dan pengiktirafan serta ganjaran yang diberikan oleh Milo ternyata mendorong saya untuk berusaha lebih gigih untuk mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik akan datang. 

“Insentif ini akan membantu saya dari segi kewangan memandangkan saya akan memulakan pengajian di kolej tahun depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN