2,448 atlet daripada 13 kontinjen berantap di SUKSEM - Utusan Malaysia

2,448 atlet daripada 13 kontinjen berantap di SUKSEM

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) melakukan gimik perasmian SUKSEM 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 2,448 atlet daripada 13 kontinjen akan berentap pada Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Se-Malaysia (SUKSEM) 2024 di Terengganu bermula hari ini sehingga Sabtu.

Sebanyak 10 acara dipertandingkan iaitu bola jaring, badminton, sepak takraw, ping pong, sukan elektronik (e-sport), boling, boling padang, karom, golf dan ibu segala pingat, bola sepak.

Tuan rumah, Terengganu, yang muncul juara keseluruhan pada tahun 2014 dan 2016 diwakili 204 atlet dalam misi merampas kejuaraan dari Sarawak yang merupakan penyandang juara.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, SUKSEM edisi kesembilan itu diharap menjadi wadah merapatkan kerjasama dalam kalangan kakitangan Pejabat SUK seluruh negara

“Penganjuran temasya ini juga selaras dengan dasar sukan kebangsaan ke arah merakyatkan serta membudayakan sukan sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan SUKSEM 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Gong Badak di sini, semalam.

Kesemua acara sukan diadakan di KSNT kecuali badminton (Stadium Negeri, Kuala Terengganu), sepak takraw (Universiti Malaysia Terengganu) dan golf (Kelab Golf Bukit Besi, Dungun).

Pada penganjuran edisi dua tahun lalu di Selangor, Sarawak muncul juara selepas merangkul tiga pingat emas, dua perak dan tiga gangsa manakala Sabah serta tuan rumah di tempat kedua dan ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya