PETALING JAYA: Trauma yang dihadapi jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli terubat selepas meraih pingat perak dalam lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024, semalam. Atlet berusia 34 tahun itu dibelenggu dengan detik hitam selama tiga tahun berikutan penyertaannya dibatalkan susulan hadir lewat ke bilik panggilan pada edisi Tokyo 2020. Bagaimanapun, impian mengatasi episod duka berkenaan membakar semangatnya untuk terus berjuang dalam sukan lontar peluru sekali gus mahu membawa pulang emas pada edisi Los Angeles (LA) 2028. “Alhamdulillah. Sumbang perak lebih baik daripada tiada langsung.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya