Zii Jia terkandas, Sze Fei-Izzuddin mara pada Terbuka China

Zii Jia tersingkir awal, Sze Fei-Izzuddin teruskan kemaraan di Terbuka China

LEE ZII JIA tersingkir awal di Terbuka China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia tumpas mengejut ditangan wakil Jepun, Koki Watanabe seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, China, sebentar tadi.

Pemain yang menghuni ranking No. 3 dunia dan juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris itu tunduk straight set kepada pemain ke-15 dunia, Watanabe 15-21, 2-21 dalam masa 29 minit.

Bagaimanapun, nasib berbeza mengiringi beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang berada di ranking No. 12 dunia setelah mara ke peringkat 16 terbaik selepas mengetepikan beregu tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi 17-21, 21-12, 21-19 dalam masa 53 minit.

Juara Terbuka Jepun itu akan berdepan rakan senegara Arif Junaidi-Yap Roy King dalam pusingan seterusnya selepas mereka menumpaskan Chen Zi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat 21-11, 21-12 dalam masa 32 minit.

Turut mengikut jejak langkah dua beregu Malaysia itu adalah pasangan No. 13 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan satu lagi beregu tuan rumah, Xie Hou Nan-Zeng Wei Han 21-17, 21-19 dalam masa 47 minit.

Di pusingan kedua, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu sama ada rakan senegara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri atau beregu handalan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae yang hanya akan beraksi, esok.

Dalam aksi beregu campuran pula, gandingan No. 12 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menyingkirkan Terry Hee-Jessica Tan dari Singapura 21-13, 21-15 dalam masa 29 minit.

Pasangan suami isteri itu akan turun beraksi menentang Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand pada pusingan kedua.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dan beregu lelaki, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong tewas kepada lawan masing-masing seawal pusingan pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya