Tugas berat Slot di Old Trafford

Tugas berat Slot di Old Trafford

ARNE tidak mahu anak-anak buahnya terlalu selesa dengan status pendahulu Liga Perdana Inggeris - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Arne Slot akan berdepan ujian besar pertama apabila skuad bimbingannya akan berdepan Manchester United di Old Trafford, malam ini.

Liverpool bermula cemerlang dalam dua perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Ipswich Town dan Brentford selepas era Jurgen Klopp.

Untuk rekod, Pengendali berusia 45 tahun itu pernah berdepan dengan pengendali United, Erik Ten Hag ketika Feyenoord menentang Ajax di Eredivisie, Belanda.

Bagaimanapun, Slot memahami kepentingan pertembungan di EPL jauh lebih besar apabila kedua-dua pasukan yang paling banyak sejarah bola sepak Inggeris bertemu.

“Sesetengah orang memberitahu saya beberapa perkara tentang perlawanan ini, tetapi apabila anda bekerja di Liverpool, semua orang tahu betapa pentingnya perlawanan menentang United

“Ia sama dengan betapa pentingnya Ajax menentang Feyenoord, tetapi saya tahu kepentingan Liverpool menentang United lebih utama sekarang dan kami bersedia,” katanya.

Bagaimanapun, rekod Slot menentang Ten Hag kurang baik di Eredivisie apabila Ten Hag memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut bersama Ajax.

Slot pula terpaksa menunggu trofi liga pertamanya sehingga selepas Ten Hag ke England untuk mengendalikan United.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya