TFC dihantui 'penyakit' hilang fokus

TFC dihantui ‘penyakit’ hilang fokus

Pemain Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid (dua, kanan) dikawal ketat oleh pemain Selangor FC pada aksi Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penyakit ‘hilang fokus’ pada awal permainan terus menghantui Terengganu FC (TFC) sehingga menyebabkan pasukan itu terus tercicir mata.

Kali ini, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner tumpas 0-1 kepada Selangor FC dan lebih memeritkan kekalahan itu berlaku di laman sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Steinbruckner berkata, kesilapan awal oleh pemain tengah, Marin Pilj, memusnahkan hasrat TFC mengutip mata di laman sendiri walaupun tampil dengan permainan lebih baik.

Katanya, skuad Penyu memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan berbanding Selangor namun sekali lagi dikecewakan ketumpulan penyudah.

“Selepas bolos seawal minit pertama, kami bermain lebih baik dan mencipta deretan peluang sama ada babak pertama atau kedua yang kemudian gagal diterjemah kepada jaringan.

“Saya tidak boleh menyalahkan barisan pemain kerana mereka memberikan 100 peratus, malah kami tidak seharusnya pulang tangan kosong tetapi inilah bola sepak.

“Sudah banyak perlawanan TFC beraksi baik namun gagal meraih kemenangan sebaliknya dihukum kerana kesilapan individu dan gagal menjaringkan gol,” jelas Steinbruckner.

Jurulatih kelahiran Croatia itu bagaimanapun belum mahu menekan butang panik dengan kemerosotan prestasi TFC yang hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir

Malah skuad Penyu yang mengutip 16 mata juga diekori rapat Perak, Kuching City FC, Sabah dan PDRM FC dengan hanya satu mata memisahkan pasukan tangga ketiga sehingga ketujuh

Namun Steinbruckner menjelaskan, TFC masih di kelompok atasan Liga Super meskipun semakin ketinggalan jauh di belakang Selangor dan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Sudah tentu kecewa dengan kekalahan ini tetapi TFC masih kekal di kedudukan ketiga. Cuma kami perlu segera bangkit dan kembali ke landasan kemenangan selepas ini,” tambah Steinbruckner.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya