Terengganu lebih layak menang

Terengganu lebih layak menang

SENTUHAN Penyudah penyerang import,Ismaheel Akinade diharapkan Terengganu untuk merobek gawang Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menganggap pasukannya lebih layak untuk menang ketika berdepan Sabah FC selepas dihidang dengan deretan peluang terbaik.

Steinbruckner berkata, diikat 1-1 oleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee satu perkara yang merugikan pasukan selain perlawanan turut ‘dicemari’ beberapa keputusan yang tidak berpihak kepada skuad Penyu.

Menurut Steinbruckner, pasukannya mempunyai beberapa peluang keemasan untuk meraih kemenangan, termasuk satu insiden pada minit ke-28 yang mungkin boleh mengubah keputusan perlawanan.

“Para pemain memaklumkan kepada saya bahawa ada situasi di mana bola mungkin telah melepasi garisan gol, namun selepas semakan video pembantu pengadil (VAR), jaringan tidak disahkan,” kata Steinbruckner.

Dalam kejadian itu, percubaan pemain TFC ke arah gawang Sabah diselamatkan oleh penjaga gol Damien Lim, tetapi bola kelihatan seperti telah melintasi garisan gol sebelum dikeluarkan.

Dalam perlawanan itu, gol tunggal TFC dijaringkan oleh Ismaheel Akinade pada masa tambahan separuh masa pertama.

Namun, walaupun menguasai sebahagian besar permainan, Steinbruckner mengakui pasukannya gagal memanfaatkan peluang yang terhidang akibat kelemahan hantaran jauh.

“Saya akui, Sabah juga bermain dengan baik dan memiliki beberapa peluang untuk menang, tetapi nasib menyebelahi kami apabila tiada gol tambahan daripada pasukan lawan.

“Kami mendapat satu mata, dan saya gembira kerana kami mencipta banyak peluang.Sabah juga mempunyai beberapa peluang, tetapi kami mendominasi permainan dengan lebih baik. Bukan mudah mencuri mata di Likas,” katanya selepas perlawanan.

Keputusan itu mengekalkan Terengganu di tangga ketiga Liga Super dengan 16 mata, dua mata di hadapan Sabah selepas sembilan perlawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya