Tempoh ‘bulan madu’ Slot berakhir

Tempoh ‘bulan madu’ Slot berakhir

ARNE Slot perlu memulihkan semula maruah Liverpool selepas tumpas kepad Nottingham di Anfield Sabtu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tempoh ‘bulan madu’ Arne Slot di Anfield berakhir kerana pengendali dari belanda itu perlu mengembalikan semula maruah Liverpool selepas dimalukan lawan kerdil, Nottingham Forest di laman sendiri pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, ramai yang menjangkakan Slot tidak berdepan masalah kerana beliau mengambil alih pasukan serba lengkap daripada Jurgen Klop, namun kekalahan 0-1 kepada Nottingham menyebabkan krediblitinya menjadi tanda tanya.

Liverpool memiliki tempoh singkat untuk mengubat kedukaan mereka itu dengan selepas ini dijadual berkunjung ke laman AC Milan pada awal pagi esok bagi aksi pembukaan Liga Juara-Juara.

Untuk rekod, The Reds mara ke tiga pentas final Liga Juara-Juara dalam lima musim antara 2018 hingga 2022 selain menjuarai Piala Eropah buat kali keenam dalam sejarah kelab berkenaan ketika era Klopp.

Ia adalah satu legasi yang perlu diteruskan Slot dan bekas pengendali Feyenoord itu tidak mendapat laluan mudah berdasarkan format baharu Liga Juara-Juara musim ini.

Berdasarkan undian, Liverpool dijadual bertemu dua pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan iaitu Milan dan Real Madrid selain Bayer Leverkusen, PSV Eindhoven, Bologna, Girona, Leipzig serta Lille.

Begitupun, Liverpool boleh menjadikan kekalahan di tangan Nottingham sebagai pengajaran selepas lawan menggunakan taktikal bertahan sebelum meraih kemenangan pertama mereka di Anfield dalam tempoh 55 tahun.

“Kami kerap kehilangan bola dalam situasi mudah, kami memperoleh penguasaan bola yang banyak tetapi hanya mampu mencipta tiga atau empat peluang, jadi ia masih belum mencukupi,” kata Slot.

Persepsi penyokong terhadap Liverpool nyata berbeza berbanding ketika kelab menewaskan Manchester United 3-0 sebelum rehat perlawanan antarabangsa.

Malah, Klopp sendiri bergelut untuk menguasai Old Trafford dalam tempoh sembilan tahun di bawah kendaliannya dan kemampuan Slot itu dilihat bakal membawa perkembangan lebih positif.

“Sekiranya saya perlu mengubah cara persiapan selepas kekalahan, ia bermakna saya hanya boleh melakukan yang termampu selepas kami tewas.

“Saya mahu melihat sikap yang sama seperti setiap hari; selepas kemenangan besar, selepas kemenangan tipis, selepas seri dan selepas kekalahan,” kata Slot mengenai bagaimana dia akan menukar strategi menjelang kunjungan ke Milan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN