Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Korea

Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Korea

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei akan menyertai Masters Jepun, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei merangkul gelaran pertama mereka tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2024 di Seoul, Korea Selatan, sebentar tadi.

Pasangan No. 9 dunia itu mengambil masa selama 58 minit untuk membenam gandingan China, Guo Xin Wa-Li Qian 17-21, 21-13, 21-13 dalam perlawanan akhir.

Kejayaan tersebut membolehkan Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai AS$33,180 (RM143,000).

Kemenangan gandingan No. 1 Malaysia itu juga merupakan kejayaan sulung mereka dalam kejohanan berstatus Super 500.

Tang Jie-Ee Wei yang mula digandingkan sejak Disember 2022 pernah merangkul dua gelaran Super 300 di Orleans Masters dan Terbuka Taiwan pada tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya