Sze Fei-Izzuddin kini pasangan No.8 dunia

Sze Fei-Izzuddin kini pasangan No.8 dunia

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kembali ke kelompok 10 terbaik dunia selepas bergelar juara di Terbuka China 2024.

Dalam kemaskini terbaru ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Sze Fei-Izzuddin mencatatkan peningkatan empat anak tangga, kini menghuni ranking N0.8 dunia.

Kemaskini terbaharu itu juga menyaksikan beregu No.1 negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal berada di No.5 dunia biarpun, berehat lama selepas meraih gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Ranking No.1 dunia kekal menjadi milik pasangan China, Liang Wei Keng dan Wang Chang biarpun kandas di pusingan 16 terbaik di Terbuka China minggu lalu.

Meskipun berjaya memperbaiki ranking, bekas pemain negara, Roslin Hashim menegaskan Sze Fei-Izzuddin masih belum boleh mendabik dada dengan pencapaian semasa.

Menurutnya, peningkatan ini adalah hasil daripada persiapan dan usaha keras kedua-dua pemain, namun ia belum cukup untuk menjamin kejayaan yang konsisten.

“Pasangan ini perlu kukuhkan lagi persefahaman dan strategi untuk terus berdaya saing, terutama menjelang temasya besar seperti Sukan Olimpik Los Angeles 2028,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pasangan ini berpotensi menjadi antara wakil negara ke Olimpik, Roslin menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk bercakap membuat ramalan.

“Kedudukan No.8 dunia memang satu permulaan yang baik, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan. Kita perlu lihat bagaimana mereka berdepan tekanan untuk kekal konsisten,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, turun dua anak tangga ke tempat kelima dunia selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka China.

Zii Jia, yang sebelum ini berada di tangga ketiga, kini dipintas oleh pemain Denmark, Anders Antonsen (ketiga) dan pemain Jepun, Kodai Naraoka (keempat).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya