Sze Fei-Izzuddin enggan dabik dada

Sze Fei-Izzuddin enggan dabik dada

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu Profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak mahu mendabik dada biarpun berjaya bergelar juara di Terbuka China 2024, kelmarin.

Sebaliknya, pasangan No.12 dunia itu mahu terus memperbaiki mutu permainan bagi mengekalkan momentum kemenangan dalam mana-mana kejohanan akan datang.

“Kami berdua telah bekerja keras dan memberikan yang terbaik di setiap perlawanan. Kemenangan ini pastinya memberikan kami keyakinan yang lebih tinggi.

“Namun, namun perjalanan kami masih panjang. Fokus kami adalah untuk terus memperbaiki permainan dan mengekalkan momentum kecemerlangan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, beregu profesional negara itu mempamerkan aksi terbaik untuk menewaskan beregu tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam perlawanan tiga set 13-21, 21-12, 21-17.

Kejayaan itu bukan sahaja membolehkan Sze Fei-Izzuddin membawa pulang RM622,000, malah turut menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu lelaki di Terbuka China

Untuk rekod, kali terakhir beregu lelaki Malaysia berjaya menjuarai Terbuka China adalah menerusi gandingan adik beradik, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada edisi 1989.

Selepas menjuarai Terbuka Jepun pada 25 Ogos lalu, kejayaan kali ini pastinya lebih bermakna kepada pasangan negara itu kerana kali pertama mereka muncul juara kejohanan berstatus Super 1000.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya