Syahmi terima rawatan di Sepanyol

Syahmi terima rawatan di Sepanyol

SYAHMI Safari mengelami kecederaan serius di bahagian ligamen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Syahmi Safari akan menerima rawatan lanjut di Sepanyol selepas mengelami kecederaan serius di bahagian ligamen.

Pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio berkata, Syahmi berdepan kecederaan serius dan berkemungkinan akan berehat dalam tempoh yang panjang untuk pemulihan.

“Kecederaan di bahagian ligamen yang dialami agak teruk, mungkin dia terpaksa melalui tempoh rehat yang panjang. Saya harap Syahmi akan pulih semula segera dan kembali menjalani latihan bersama pasukan,” kata Bidoglio.

Sebelum ini, memberi bayangan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super musim ini menerusi satu kenyataan di media sosialnya.

Bekas pemain Selangor berusia 26 tahun itu memuat naik gambarnya di ruangan InstaStory dengan warna hitam putih beserta kapsyen ‘Terima kasih untuk musim 2024/2025.’

Susulan daripada itu, ramai menganggap Syahmi seakan memberi bayangan bahawa dia bakal berehat panjang dan tidak lagi akan beraksi dalam saingan musim ini susulan kecederaan.

Malah, menerusi ruangan sama, Syahmi turut memuat naik video dia mengalami kecederaan ketika menentang Penang FC dalam aksi Liga Super, Khamis lalu.

Pada perlawanan itu, dia masuk menggantikan Jorge Obregon pada minit ke-76 dengan JDT membelasah Penang FC 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, malang menimpa Syahmi apabila mengalami kecederaan serius selepas dikasari pemain Penang, Adib Abdul Ra’op pada minit ke-90 yang menyaksikan dia terpaksa diusung keluar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya