PETALING JAYA: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas mengungguli acara perseorangan lelaki SU5, sebentar tadi.
Dalam aksi di Porte de La Chapelle Arena itu, Leak Hou berjaya menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho secara straight set 21-13, 21-15 sekali gus mempertahankan emas yang pernah di menanginya di Tokyo 2020.
Turun slaku pilihan utama, Liek Hou membuktikan statusnya sebagai juara dunia lapan kali apabila mempamerkan penguasaan penuh dalam aksi kedua-dua set dan menamatkan pertarungan dalam masa 41 minit.
Selepas meraih mata kemenangan Leak Hou melompat ke arah jurulatihnya, Nova Armada untuk meraikan kejayaan menepati sasaran emas yang diletakkan kepadanya dalam temasya kali
Kejayaan memenangi emas kali ini menyaksikan Liek Hou bakal menerima ganjaran sebanyak RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).- UTUSAN