Speedy Tigers wajib tumbangkan Korea Selatan

Speedy Tigers wajib tumbangkan Korea Selatan

PEMAIN negara, Shello Silverius ketika beraksi berdepan Jepun, kelmarin.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan wajib menumpaskan Korea Selatan bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024.

Momentum kemenangan 5-4 yang diraih ke atas Jepun kelmarin, perlu diteruskan untuk anak-anak buah Sarjit Singh mempamerkan kebangkitan selepas permulaan hambar.

Sarjit berkata, biarpun beberapa pemain mengalami siri kecederaan, namun itu bukan penghalang Speedy Tigers melunaskan misi menumpaskan Korea Selatan.

“Muhammad Najib Abu Hassan kini mengalami bengkak yang besar di kakinya manakala Muhammad Fariz Harizan dibelenggu dengan kecederaan pada buku lalinya.

“Bagaimanapun, kami ada pengganti untuk mereka yang cukup baik menerusi Syafiq Hassan dan Syarman Mat Tee yang beraksi baik ketika berdepan Jepun,” kata Sarjit kepada Utusan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai peluang Speedy Tigers menentang Korea Selatan, Sarjit berkata, pasukan negara perlu melakar kemenangan bagi menjamin tempat ke separuh akhir ACT 2024.

“Korea musim ini mereka kelihatan lebih dominan lebih daripada biasa. Kami perlu waspada. Mereka hanya satu anak tangga di atas kami.

“Tiada cara lain lagi kerana kami perlu menang ke atas Korea untuk menjamin kedudukan kami ke separuh akhir,” ujar Sarjit.

Berdasarkan format kejohanan, hanya empat pasukan terbaik daripada enam negara akan menempah tiket ke separuh akhir.

Malaysia kini berada di tangga keempat kejohanan liga sepusingan itu dengan empat mata manakala China di carta kelima dengan tiga mata.

Untuk rekod, Malaysia bergelar naib juara pada edisi tahun lalu selepas selepas tumpas 3-4 kepada India di pentas final.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN